Thursday, May 16, 2013

AKTIVITI-AKTIVITI SK KERLING SEPANJANG TAHUN 2012 (fasa 2)

DEMONTRASI PENGAKAP SEMPENA MINGGU KOKURIKULUM
 

Cara ikatan dpd adik Naim.Shadaan. Ikatan apa la yg sedang dipertontonkan?

Ini cara-cara nak ikat gelanggang 'Wresling smackdown" agaknya.
 
JAMUAN SEMPENA KORBAN
 
 
Program korban ini dikendalikan oleh Al Fadhil Ustad Muhd Hazri b. Hashim bersempena sambutan Hari Raya Korban 2013. Peserta aqikah juga berpeluang menunaikan hajat bersama-sama untuk menjayakan program ini.Daging korban dan aqikah ini dibahagi dan diberi kepada penduduk setempat serta keesokkanya bahagian daging dan tulang dibuat sup untuk dijamu kepada murid-murid.
 


Ustazah Asiah merupakan orang kuat dalam menjayakan majlis korban ini. Semoga jasa mu tidak dilupakan.



Sedapnya sup tak terkata. Murid-murid menikmati daging korban. Tahun depan insaallah kalau ada rezeki kita buat lagi.


HARI GURU 2012
 
Adik Aiman Razak membacakan doa dalam majlis Hari Guru. 
 

Sukaneka guru&murid.

Sumbangan kek Hari Guru daripada Barisan Nasional.
 

MAJLIS PERPISAHAN GURU PRAKTIKUM UPSI





MAJLIS SOLAT HAJAT UPSR 2012





SUKAN TAHUNAN 2012






AKTIVITI MASAKAN UNIT-UNIT BERUNIFORM




 
PERKHEMAHAN SK KERLING





PROGRAM KEBAKARAN

Murid-murid turun melalui tangga dengan pantas dan berhati-hati.

                                                                           En. Rahiman selaku GPK HEM memberikan taklimat tentang kebakaran



PROGRAM-PROGRAM MAKMAL KOMPUTER





KELAS ICT DI BILIK AKSES

En. Abdul Halim membuat kelas ICT di dalam bilik Akses.

                                                                            

Sunday, May 12, 2013

AKTIVITI-AKTIVITI SK KERLING SEPANJANG TAHUN 2012 (fasa 1)

1MURID 1SUKAN
Dasar 1 murid 1 sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada murid melibatkan dri dalam sukan dan murid yang berpotensi akan digilap ke peringkat yang lebih tinggi. Gambar di bawah adalah komitmen guru SK Kerling menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia.





PROGRAM 30 MINIT MEMBACA
Program Membaca 1 Malaysia telah diadakan serentak seluruh negara. SK Kerling tidak ketinggalan untuk turut serta dalam program tersebut. Oleh itu, Guru Pusat Sumber Pn. Fatimah Hanim telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program tersebut pada awal pagi sebelum murid masuk ke kelas.Program tersebut telah melibatkan semua murid termasuk murid Prasekolah. Seawal jam 7.15 pagi, murid telah diminta untuk berkumpul di Dataran SK Kerling. Bahan-bahan bacaan yang telah dikumpul kemudiannya diedarkan kepada murid-murid. Program selama 30 minit itu telah berjaya dilaksanakan dengan baik.



 
 
CERAMAH KEBAKARAN
Bertempat di Makmal SK Kerling telah diadakan suatu ceramah tentang langkah-langkah menyelamat apabila berlakunya kejadian kebakaran di tempat kediaman atau di sekolah.
 


 
 
PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
Program Susu 1Malaysia yang akan dinikmati  lebih tiga juta pelajar sekolah rendah di 7,685 sekolah rendah kerajaan seluruh negara adalah sebahagian hasrat kerajaan untuk membina generasi baru yang lebih cerdas. Pelaksanaan program di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran itu, bukan setakat memperkenalkan program Susu 1Malaysia malah bermatlamat untuk mewujudkan generasi muda Malaysia yang kuat, sihat dan secara mentalnya lebih dinamik pada masa depan. Ia juga memberi kesan dan manfaat besar sekiranya setiap pelajar sekolah rendah dapat dididik untuk membiasakan diri meminum susu setiap hari.Gambar di bawah menunjukkan murid SK Kerling terlibat dalam program ini.
 


 
SENAMROBIK 1MALAYSIA
Senamrobik ni dijalankn hari ini iaitu pada 10 Julai 2012 tepat pukul 7.45 pagi...
Senamrobik berlangsung selama 35 minit.
Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Senamrobik serentak ini dijangka akan mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai “Largest Simultaneous Participation of School Students In An Aerobic Session”. Secara keseluruhan senamrobik akan disertai oleh sekurang-kurangnya 4.5 juta murid, guru dan warga KPM. Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga digalakkan untuk bersama-sama menjayakan aktiviti senamrobik ini.

 
 





 
MENULIS SURAT 1MALAYSIA
Semua murid Tahun 6 terlibat dalam menulis surat 1MALAYSIA ini.Tujuan utama ialah selain berpeluang memenangi hadiah, murid-murid perlu mendapatkan sijil penyertaan yang bertaraf kebangsaan.Sijil ini boleh disertakan dalam permohonan mereka ke sekolah berasrama penuh.