Wednesday, February 29, 2012

CERAMAH KEIBUBAPAAN DAN PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN ENAM KALI PERTAMA. 14 Januari 2012 yang lalu telah diadakan satu ceramah keibubapaan di Dewan SK Kerling.Tujuan ceramah ini diadakan ialah untuk memberi motivasi kepada ibu bapa tentang kepentingan pelajaran anak-anak dalam arus globalisasi ini.Selain dapat merapatkan hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa, murid turut membaca ikrar murid untuk berjanji kepada ibu bapa dan sekolah agar sentiasa berusaha meningkatkan pelajaran dan menaikkan prestasi UPSR pada tahun ini.
Ucapan aluan Guru Besar SK Kerling, Pn. Hajah Maimunah bt. Ibrahim kepada ibu bapa yang hadir.
Ceramah disampaikan oleh En. Abdul Rahiman bin Yusof, GPK HEM SK Kerling.
Ketua pengawas memimpin bacaan ikrar murid iaitu adik Mohd Arif bin Sazuli.Berdiri di belakang ialah pihak pentadbiran dan guru-guru tahun 6 menjadi saksi majlis ini.
Ibu bapa menyaksikan anak-anak masing-masing membaca ikrar dalam susasana yang cukup harmonis.
Kaum ibu turut hadir melaksanakan tanggungjawab terhadap pelajaran anak-anak. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment