Tuesday, March 6, 2012
MESYUARAT AGUNG PIBG 2012
Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini diadakan pada 16 Febuari 2012 bertempat di Dewan SK Kerling.Tetamu jemputan kali ini ialah En. Mohd Jamil bin Abu Bakar, Penghulu Mukim Kerling telah sudi merasmikan mesyuarat agung PIBG ini.Yang Dipertua PIBG iaitu Tuan Haji Ali bin Manan mempengerusikan mesyuarat agung ini dengan melantik muka baru dalam AJK dan ada juga yang dikekalkan kerana prestasi cemerlang.
Ucapan aluan daripada Pn. Maimunah bt. Ibrahim, GuruBesar SK Kerling.
YDP PIBG TN.HJ.Ali bin Manan memberikan ucapan.
Penghulu Mukim Kerling, En. Mohd Jamil bin Abu Bakar memberikan ucapan perasmian mesyuarat agung kali ini.
VIP mencerikan lagi majlis.
Kaum ibu merupakan tetamu yang teramai setiap kali perjumpaan mesyuarat agung diadakan. Syabas.
AJK PIBG menerima cenderahati kecemerlangan perkhidmatan.Ustad Mohd Hazri menerima cenderahati dari penghulu. Teruskan perjuangan, hanya Allah sahaja yang membalas jasa mu, ustad.
GPK 1 menjawab soalan-soalan daripada ibu bapa.
Barisan AJK PIBG proses pembubaran untuk melantik AJK yang baru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment